I AM MONSTER BLOG

it's chloriryeen FUCKIN NOTEBOOK

semuanya mengenai KAWAN :D (0)

Monday, August 08, 2011 by , under , , , ,

assalamualaikum :D

sahabat,rakan,kawan,pena,teman semuanya satu benda yang sama.
orang yang selain ahli keluarga kita yang tidak jemu-jemu memberi nasihat.
orang kedua yang support kita dari belakang.
orang yang sentiasa dengan kita apabila ada masalah.
orang kita akan selalu harap untuk sesuatu.
itu lah KAWAN.

tetapi disebalik NASIHAT,PESANAN,SOKONGAN dari seorang kawan terselindung satu rahsia.

PROPAGANDA.

perkara ini boleh merosakkan hidup kita dengan mudah.
ada kawan yang sanggup merosakkan hidup kita dengan alasan mahukan keseronokan yang seketika.
kesannya kita akan kehilangan SAHABAT,terpinggir dan dipulaukan.

tetapi.
mereka jugalah yang kita kejar,yang kita cari selama ini.
kalau mereka tu takde kat muka bumi ni.
aku rasa,takde facebook
takde myspace suma tu.
ade kalanya,diorang ni penting juga bagi kita.

tetapi kita jangan lupa,walaupun ada kawan yang sanggup rosakkan hidup kita,
tak semua macam tu.
ada yang cuba DIDIK kita.
ada yang cuba nak NAIKKAN NAMA kita.
tetapi kita tak pandang.
yang kita cari semua kawan-kawan HOTSTUFF.
kenapa semua ini berlaku?

sebabnya?

kita sendiri yang ego.
tak fikirkan titik peluh kawan kita yang selama ni cuba tolong kita.
malah bukan setakat CUBA.
memang SEMUA dia dah tolong.
tapi kita lupa.
kita lupa yang dia dah banyak berjasa kepada kita.
malah.
dialah TARGET kita untuk DIKUTUK,DICACI,DIHINA.
tapi.
setiap keburukan dan kebaikan yang datang.
hanyalah dari ALLAH S.W.T.

ambillah iktibar.
sayangi kawan kita.

sekian.

assalamualaikum :D



masa yang kita nantikan 1

Saturday, August 06, 2011 by , under ,

assalamualaikum..


HAHAHA!!
GELAK KETAWA.
satu perasaan yang tidak dapat dikawal apabila ianya sudah sampai.
ianya akan pergi dengan sendiri tanpa kita sedari.
dialah ubat kesedihan,kemarahan yang menjadi lumrah hidup kita.
dia akan tiba apabila kita berkumpul beramai-ramai di kedai-kedai kopi,majlis-majlis,dan lain-lain
dia juga akan tiba apabila kita keseorangan yang sedang berkhayal memikirkan masa depan ataupun masa silam.
dia juga mempunyai adik.


SENYUMAN.
senyuman juga boleh mengubat duka.
senyuman juga satu sedekah.
senyuman juga boleh mengelakkan sesuatu antaranya apabila ditanya.

adakah kita pernah ketawa?

jawapannya YA!

kita akan ketawa setiap hari dalam hidup kita.
walaupun kita menangis sepanjang hari.
ianya akan diakhiri dengan ketawa yang panjang.

Akan tetapi.
semua itu akan diakhiri dengan kesunyian.
apabila kita terbujur kaku.
dibaluti kain putih
kita akan SENYAP,SUNYI,KAKU SERIBU BAHASA.
hanya kita yang dapat mendengar kata-kata mereka.
sama-ada UMPATAN,PUJIAN,kita tidak tahu.
kita hanya boleh menahan diri.
bukan menahan diri seperti berpuasa.
tetapi menahan diri dari semua gerak geri,perasaan yang selalu kita lepaskan dengan mudah dan sewenang-wenangnya


apabila MASA itu sudah sampai,kita hanya perlu menunggu MASA yang SEBENAR-BENARnya
masanya apabila semua yang disesali tidak berguna.
masanya apabila perbuatan kita selama ini dikesali sama sekali.
masanya apabila kita merasakan diri kita ini amat bodoh dan tidak berguna.

sesungguh nya MASA itu akan tiba.

assalamualaikum.:D

ps:sengaja aku pakai font besar supaya orang baca dan ambil iktibar :D