I AM MONSTER BLOG

it's chloriryeen FUCKIN NOTEBOOK

Neeru Ozawa Terbit Bagai Mentari (0)

Friday, July 29, 2011 by , under ,

Nama NEERU OZAWA mungkin lagi belum menjadi sebutan peminat-peminat muzik underground di Malaysia, tetapi mereka cukup dikenali di Batu Pahat, Johor. Siapakan Neeru Ozawa? Neeru Ozawa ialah band yang membawa aliran muzik Eock Jepun atau lebih dekenali sebagai J-Rock. Neeru Ozawa terdiri daripada empat orang anak muda yang mempunyai impian dan keghairahan yang tinggi terhadap muzik. Mereka adalah Fadz/Black (vokal/gitar pertama), Acai (gitar kedua), Chak (bass) dan Fier (dram).

Neeru Ozawa ditubuhkan Pada Mac 2011 oleh Chak yang jugak merupakan ketua dalam band ini. Pada pertama kali Neeru Ozawa ditubuhkan, ahli band ini terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Bella, Raez, Acai, Eki dan juga Chak sendiri. Semasa itu nama band ini ialah 'THE ISABELL'. Setelah beberapa bulan, Bella telah berpindah ke Johor Bahru, Raez telah menyambung pelajarannya dan Eki mendapat tentangan daripada keluarga untuk bermain muzik. Band ini nyaris-nyaris dibubarkan kerana kekurangan ahli. Setelah bertemu Fadz dan Khai dari band Armageddon maka band initelah hidup semula. Nama Neeru Ozawa telah diberi oleh Fadz yang membawa maksud "ikon sepanjang zaman".

Neeru Ozawa telah membuat persembahan di Universiti Tun Hussein Onn dan telah meraih banyak sambutan. Neeru Ozawa telah bergiat aktif dalam menaikkan aliran muzik yang tidak pernah menjadi ikutan remaja di Batu Pahat hingga mereka mendapat jolokan band J-Rock pertama di Batu Pahat. Neeru Ozawa juga telah membuat persembahan di Karnival Belia dan Sukan yang bertempat di Dataran Penggaram, Batu Pahat.

Neeru Ozawa telah menyertai komuniti untuk peminat dan pemuzik J-Rock iaitu Malaysian Japanese Rock Community ( MJRC) . Banyak band yang telah menyertai komuniti ini seperti Fluer-De-Lys, L In In Lurve, Shu Kinyebi, Starscream, Sky dan juga band yang sedang meningkat naik, Gensekeii. MJRC telah menganjurkan showcase bersama Alam Gapura Group dan showcase ini digelah J-Rock Unite. Banyak band telah dijemput dan Neeru Ozawa ialah salah satu band tersebut. Neeru Ozawa telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan persembahan pertama mereka di luar Batu Pahat berjalan lancar dan mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik J-Rock seluruh Malaysia.

Pada Julai 2011, Neeru Ozawa telah menyertai pertandingan Battle Of The Band anjuran Rakan Muda. Dalam pertandingan ini, Chak tidak dapat menyertai dirinya kerana kesibukan yang telah dialami. Dia telah memberi ruang kepada pemuzik muda iaitu Piian untuk menggantikan tempatnya sabagai bassist.

Neeru Ozawa telah menyiapkan demo pertama mereka iaitu Ku Sayang Kamu dan beberapa demo lain untuk peminat J-Rock semua. Demo-demo meraka boleh didengari di Facebook mereka. Kini, Neeru Ozawa telah memperlahankan kegiatan muzik mereka bagi menumpukan perhatian kepada Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun ini (2011) . Untuk tempahan atau mendekatkan diri dengan Neeru Ozawa atau Neruza (gelaran untuk peminat Neeru Ozawa) boleh menghubungi mereka di www.facebook.com/neeruozawa .

- Neeru Ozawa






akhir sekali.mereka mengucapkan terima kasih kepada Malaysian Japanese Rock Community. *terima kasih kepada arep skema,Chak,Black,Acai,Fier dan lain lain yang telah membantu aku :D
semogamajujayakawan :D



0 Reply to "Neeru Ozawa Terbit Bagai Mentari"

Post a Comment