I AM MONSTER BLOG

it's chloriryeen FUCKIN NOTEBOOK

ANOTHER HEROES???! (0)

Wednesday, May 11, 2011 by , under

Kesungguhan untuk membentuk sesebuah band telah membuatkan mereka tidak pernah kenal erti putus asa.Bukanlah populariti yang dikejarkan,tetapi minat..band kali ini bernama ANOTHER HEROES yang berasal dari Batu Pahat,tempat aku sendiri.Kali ini aku dibantu oleh Islan Sainal dan Erwan Zernal.

Band ini mula bertapak sejak tahun 2006.Diasaskan oleh Bois(vocalist)dan Lan(second guitar&backup vocal).Memainkan lagu yang berentak Ska,Punk dan Reggae.Pada mulanya,band ini lebih kearah Street Punk Oi! dan Streetrock.Pada tahun 2008 ,mereka menukar corak permainan mereka kepada Ska,Punk dan Reggae atas minat yang mendalam terhadap genre tersebut.Muzik mereka dipegaruhi oleh band-band dalam negara seperti Plague of Happiness,Gerhana Ska Cinta,Pureviberacion,Republic of Brickfields,The Bollocks,Dum Dum Tak serta banyak lagi.Pengaruh luar mereka pula Ska-P,Kemuri,Rancid,Operation Ivy,Madness,Streetlight Manifesto,Bob Marley and The Wailers,The Partisan dan banyak lagi.

Sejak band ini ditubuhkan,ahli-ahli band sering bertukar-tukar kerana tidak keserasian dan komitment terhadap kerja masing-masing,tetapi kini mereka mempunyai ahli tetap iaitu Bois(vocalist),Pet(lead  guitar),Lan(second guitar&backup vocal),Syafik Yol(bassist),Wan(keyboardist) dan Adie(drummer).Mereka juga dibantu oleh beberapa orang seasonist iaitu Taufik(band Sara Konspirasi(keyboardsit) dan Raja'king'Mohd Hafis(bassist).

Sejak band ini ditubuhkan,mereka mengeluarkan 2 buah demo dan kini sedang merakam 2 lagu baru yang akan dimuatkan ke dalam E.P mereka tidak lama lagi.Band ini pernah beraksi di Batu Pahat,Muar dan Melaka.

Untuk keterangan lanjut boleh melawat laman Facebook mereka di www.facebook.com/anotherheroes dan Myspace mereka www.myspace.com/anotherherohero atau terus hubungi Lan di 0177245430.

ps:terima kasih kepada wan dan lan yang bagi kerjasama yang baik.jasa korang aku hargai.!and lagi satu..sorry kalau ade salah eja..aku nak cepat..huhuhuh!



0 Reply to "ANOTHER HEROES???!"

Post a Comment